Isnin, 30 April 2012

Gerakan Pembersihan....BERSIH

Setiap pihak yang terlibat dengan usaha untuk menukar pemimpin dan pemerintah sesebuah negara  menggunakan istilah pembaharuan untuk  menunjukkan apa yang akan dilaksanakan.

Selasa, 10 April 2012

GUA MUSANG...didalamnya gelap

Tidak lama lagi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib akan ke Gua Musang. Keputusan Najib untuk ke Gua Musang tentu telah dikaji dari pelbagai sudut.  Boleh juga dikatakan, keputusan Najib  untuk ke Gua Musang  kerana semuanya telah beres, tiada masalah kecil atau besar.  Beres !!!!.  Boleh jadi juga rancangan Najib ke Gua Musang adalah suatu strategi UMNO untuk membereskan  masalah di Gua Musang.   

Apa masalah di Gua Musang ?

Masalah di Gua Musang terdapat didalam dan luar gua.  Boss UMNO di Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah adalah masalah besar bagi UMNO.  UMNO tiada masalah jika orang bawahannya sentiasa "Yes" kepada boss besarnya, Najib.   Pun UMNO  tiada masalah jika orang bawahannya kata "No" kepada boss besar itu jika "No" itu datang dari mereka yang sekadar anak seluang dan bilis.  

Kini  yang bermasalah  ialah Ku Li  yang termasuk dalam golongan orang yang keramat dalam UMNO.  Masalah !!!.  Ramai menyebut, "Ku Li kini memberi masalah kepada UMNO, bukan saja di Gua Musang"

Persetujuan Najib untuk menjejakkan kaki di Gua Musang kerana semuanya telah dilapurkan dan diberi keyakinan kepada Najib, "beres boss, Tengku akan hadhir sama".   Hadhir dan tak hadhir sama Ku Li kemajlis sama Najib pun memberi masalah !. Kebiasaan lepas, pembesar-pembesar UMNO tawar hati  ke Gua Musang kerana "boss you tak layan I" . 

Ku Li tak hadhir di majlis yang dianjurkan.  Datanglah siapa di Gua Musang, Ku Li buat tak kisah.  Sedangkan Ku Li adalah Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.  Akan "jatuhlah I, kalau I datang boss Gua Musang tak ada". Ini reaksi biasa kebanyakan pembesar UMNO tentang ketidakenakan kepada sikap Ku Li itu.  "Kalau begitu UMNO tak berkembang untuk jangka masa panjang di Gua Musang dan sikap ini akan memberi kesan buruk kepada UMNO. UMNO buka milik peribadi Ku Li"

Kini, telah beres dan telah ada jaminan mungkin bahawa Ku Li akan menyambut Najib. Kalau Ku Li tak ada, jatuhlah Najib.  Tercemarlah nama baik Najib dan UMNO jika Ku Li tak kerjasama. 

Boleh jadi Najib tidak kisah samada Ku Li akan menyambutnya atau tidak.  Atas sifatnya sebagai Presiden UMNO, Najib datang ke Gua Musang untuk menyelesaikan masalah Gua Musang.  

Kedatangan Najib ke Gua Musang nanti akan menentukan sikap dan pendiriannya nanti.  Diri Ku Li ada  atau tiada akan jadi  penentu.  Keputusan yang berkaitan langsung dengan masa depan Ku Li sendiri dan keputusan berkaitan UMNO Gua Musang itu juga.  

Najib pasti akan buat keputusan baru kerana  masalah tak boleh dibiarkan berlalu tanpa sebarang perancangan baru. 

Mungkinkah kedatangan Najib di Gua Musang untuk mengenal pasti  dua  isu besar  iaitu sikap beberapa penghulu yang menjadi jurucakap tokoh-tokoh AJK Bahagian Gua Musang yang tidak mahukan lagi kepada Ku Li menjadi pemimpin di Gua Musang.  Ini ada kaitan dengan masa depan UMNO, khususnya Gua Musang.

Najib turun kebawah, merendah diri kepada Ku Li yang telah sedia menunggu dan menyambut Najib adalah atas sifat menang-menang bagi diri Najib kerana Najib amat mengharapkan Ku Li bersamanya dalam pilihan raya umum nanti. 

Dengan Ku Li bersama Najib nanti dikira Ku Li telah lunak dan selesai masalah Najib. Ku Li adalah antara talian hayat Najib.  Lagi pun sememangnya Ku Li pernah menyatakan bahawa beliau akan berusaha UMNO menang di Gua Musang.  Selepas terdengat Ku Li sebut demikian,  UMNO buat keputusan, Presiden UMNO mesti ke Gua Musang untuk mencerahkan lagi Gua Musang.

Najib juga turun ke Gua Musang mungkin atas sifat ingin berjumpa dan melihat dari dekat sikap dan pendirian Ku Li.  Mungkin selepas ini Najib akan bersama AJK Bahagian Gua Musang  dan menolak 'keluar padang' Ku Li walaupun kini Ku Li  telah pun diketepi dari kepimpinan UMNO.

Alasan Najib menolak Ku Li kerana sebahagian besar AJK Bahagian di bawah Ku Li telah menolak Ku Li.    Bagi AJK tersebut, Ku Li tidak relevan lagi untuk mengemudi Gua Musang.

Najib dengan Ku Li umpama   "ditelan pahit diluah sayang" atau "telan mati emak luah mati bapak".  Ku Li memberi masalah kepada UMNO dalam isu royalti minyak Kelantan. Mengingatkan isu royalti, Najib kecewa dan rasanya mungkin nak ambil tindakan disiplin kepada Ku Li tapi Najib tak punya kekuatan.

Hakikatnya Najib tahu bahawa yang kebenarannya yang tersirat dalam isu royalti  ialah pendirian Ku Li tetapi Najib tidak mahu berubah dan mengalah kepada Ku Li.  Najib berbangga mungkin dapat mengekalkan dasar seperti sikap dan pendirian  Mahathir dan Pak Lah.  Najib menolak kebenaran kerana kepentingan UMNO !

Royalti tidak akan diberi kepada Kelantan walau macamana keadaan pun.  Apatah lagi Najib tentu takut, segan silu kepada Mahathir ! Mengalah kepada pendirian Ku Li yang menyokong Kerajaan Kelantan itu merugikan UMNO.  Ini fikiran  Mahathir, Pak Lah dan kini Najib. Peduli soal keadilan walaupun ia merugikan Melayu Kelantan. Kerana ia Kelantan di bawah PAS perlu di buat penekanan untuk menjatuh merampas Kelantan dari pemerintahan PAS.

Najib, rasa tak lalu makan dan tak lalu minum akhir-akhir ini. Mandi tak basah dan tidur tak lena juga ada pada Najib kerana Ku Li telah mula menggerakkan AMANAH MERDEKA [ AM ].  Orang nombor dua AM telah berkeputusan akan berceramah atas pentas PAS nanti.

Tunggulah di Gua Musang nanti.  Apa pun Najib akan gelap kerana terlewat memasang kebel letrik di Gua Musang dirumah Ku Li.  Ku Li tidak akan mengalah kepada Najib !  Malam ini Ku Li akan berucap di KTC, Kota Bharu.  Apa kata Ku Li.... jom kita kesana !

Isu Ku Li di Gua Musang PAS yang untung dengan ulasannya akan datang. InsyaAllah.  Najib tetap bermasalah dengan Ku Li. Ku Li tokoh bahaya !. 

Najib pun perlu menunjukkan sikap hormat kepada Ku Li walau pun Najib telah menendang Ku Li.  Siapa Ku Li disisi Tun Razak perlu diingat Najib dan Ku Li juga pernah jadi murabbi Najib kerana Ku Li yang mengambil Najib masuk Pertonas !.

Allah Yang Maha Mengetahui

Menyahut Seruan Perjuangan....bina keyakinan dengan pertolongan Allah




Ahad, 25 Mac 2012

Pos PAS

Orang Kampung Kolam

Pilihan raya umum 13 dijangka akan diadakan pada tahun ini. Bulan Jun tahun ini adalah bulan yang paling popular yang disebut-sebut pilihan  raya akan diadakan.


Berikutan dengan itu, semangat dan gerak kerja pilihan raya nampak kelihatan di tempat-tempat tertentu. Tidak ketinggalan di kawasan Unit Peti Undi Kolam yang menyahut seruan perjuangan.

Kerja pembinaan pos dilakukan secara gotong royong. Ini kelebihan penyokong PAS. Bila dilakukan secara gotong royong ia akan menguatkan PAS.  Beberapa kelebihan tolong-menolong, cadang mencadang diselangi dengan 'pukul memukul' sesama sendiri membuat hati sesama ahli bertambah erat.

Menyahut Seruan Perjuangan....bina hati sesama kita

Rabu, 21 Mac 2012

KELANTAN DIANIAYAI UMNO - BN

 MELOYA.... Rakyat Kelantan dianiaya


Utusan Malaysia semalam, Rabu 21 Mac 2012 memberi laluan kepada Kelantan untuk dijadikan tajuk utama.  Kedah, Selangor dan Pulau Pinang tidak menjadi perhatian.   Itu adalah pilihan UMNO kerana utusan meloya ini milik UMNO.

Ia adalah utusan meloyar buruk bagi pihak UMNO untuk menipu bangsanya, Melayu. 

Dengan tajuk utamanya "Rakyat Kelantan dianiaya" didalamnya terdapat kata-kata bos Badan Perhubungan UMNO Kelantan, ayah Pha yang berasal dari Kampung Badak, Bachok...[ se Backok dengn saya ].... yang tercatat, "Isu tanah rizab Melayu ini adalah perkara sensitif dan ia perlu diurus dengan teliti. Kita tidak mahu tanah-tanah rizab Melayu di Kelantan di bangunkan dengan sesuka hati tanpa perancangan sehingga akhirnya orang Melayu sendiri yang rugi". 

Tajuk Utusan Malaysia menggunakan perkataan 'dianiaya' yang bagi saya adalah agak keterlaluan.  Ulasan tajuk utama 'Tindakan memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputera'.    

Disini saya ingin mengemukakan suatu soalan.  Dalam kontek pemilikan, siapa yang memiliki kekal suatu eset tanah  itu berbanding antara pajak dan jual ? 

Jika benar kerajaan Kelantan memajak kepada bukan bumiputera mana yang lebih rugi berbanding dengan kerajaan Johor yang menjual tanah di Wilayah Pembangunan Iskandar [ WPI ]  kepada semua pihak tanpa halangan dengan menjadi hak milik kekal ? 

Dalam hal ini, Datuk Ibrahim Ali [ DIA ] pernah berkata, "Wilayah Pembangunan Iskandar lebih membimbangkan dari Pulau Batu Putih" [ Lihat akhbar HARAKAH 26 Mei, 2008 ].

Saya menyebut DIA kerana sehari dua lalu kedua adiknya melalui Majlis Tindakan Rakyat Kelantan dan Perkasa telah keluar TV 3 bercakap pasal tanah milik kerajaan Kelantan di Lojing.  Jijik saya melihatnya !

Saya mengingatkan kembali hal ini supaya DIA yang menjadi pemikir agung Melayu - Islam dan Raja bersama Datuk Hassan Ali yang dipecat PAS itu meingatkan kembali hal Wilayah Pembangunan Islandar ini kerana ia hak Melayu jati Johor, dibawah bumi beraja beragama Islam.

Selain DIA, Mursyidul Am UMNO Tun Dr Mahathir al-haj al-lupa, "apa dia, apa dia ?", pernah menempelak Tun Abdul Badawi  dengan katanya, "Abdullah mahu jual negara kita kepada Singapura".

Perlulah kata-kata Mursyidul Am UMNO dikaji supaya tidak menjadi seperti apa yang dikatakan oleh ayah Pha Jeli, "akhirnya Melayu sendiri yang rugi" Melayu Johor jual negeri !....rugi ...rugi.

Tahukah anda apa itu Wilayah Pembangunan Iskandar ?.  Saya nyatakan jawapan ringkas bahawa dengan wujudnya  WPI maka gerakan zionist telah ada tapak yang kukuh di Malaysia.

Juga, WPI boleh jadi kawasan "lapangan tentera bayangan" ketenteraan Singapura.  ......ringkasnya banyak lagi hujjah jika dikaitkan dengan Singapura yang tentunya dan telah terbukti ada niat yang boleh dicurigai terhadap Malaysia.  

Kebiasaannya yang lalu, cerdik pemimpin Singapura berbanding dengan pemimpin Malaysia khususnya dari UMNO.  Sejarah telah membuktikan bahawa Lee Kuan Yew telah mengalahkan otak dan pemikiran pemimpin UMNO terdahulu bila mana bumi Temasik diberi percuma kepada Cina Singapura itu pada tahun 1963 lalu.


Pulau Batu Putih, isu yang meletup sehingga dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Akhirnya penghujjah yang mewakili Singapura mengalahkan penghujjah yang mewakili tanah air kita.   

Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan suatu ketetapan bahawa pulau seluas dua padang bola sepak itu milik rangkaian  mereka Singapura.

Mungkinkah suatu hari nanti Singapura menuntut milik kuasa penuh pemerintahan keatas WPI kerana kesemua tanah disitu adalah bernama  milik kekal rakyat Singapura.  Orang Malaysia, khususnya Melayu Johor jangan buat masalah dengan Cina WPI !  Bahaya !!!

Percayakah ayah Pha Badak kepada gerakan zionis itu  tidak bermasalah dan tiada cita-citanya terhadap kita  ? Tidakkah  dengan perancangan zionis  juga wujud dengan kukuhnya kerajaan haram Israel hari ini di bumi Palestin ?  Apakah kita 'tidur dalam perut mereka' bahawa mereka berbaik hati dengan kita ?.

Jangan bangunkan Malaysia ini sesuka hati.  Nampaknya UMNO telah mendahului Kelantan memerintah Malaysia ini sesuka hati.  Bumi Wilayah Pembangunan Iskandar bertukar milik kepada Singapura dan tanah negara Singapura serta Pulau Batu Putih pun terdahulu diberi percuma kepada Lee Kuan Yew. 

Ini padahnya kerana memerintah dengan sesuka hati tanpa perancangan.Ini tidak termasuk lagi persoalan 50 tahum memerintah sesuka hati sambil merendah dan mempersenda sesuka hati sehingga mengenepikan hukum Allah SWT. 

Tiadakah perancangan mahu melaksanakan hukum Islam di bumi Malaysia ?.  Sudah 50 tahun lebih merdeka dimana hukum Islam yang dibanggakan dibumi ini ?  

Sesuka hati bererti merdeka tanpa keterikatan.  Ia adalah fahaman yang sesat kerana selama mengaku menjadi hamba tiada merdeka kita sesuka hati.

Tidakkah Melayu telah lama teraniaya angkara UMNO-BN.  Saya akan kemukakan lagi bentuk-bentuk penganiayaan UMNO - BN kepada orang Kelantan. InsyaAllah.


Menyahut Seruan Perjuangan..... melayu perlu kenal diri dengan al-Islam













Ahad, 11 Mac 2012

PRU 13.....UJIAN KEIMANAN

UJIAN KEIMANAN........siri pertama

Mukminin dan mukminat......setiap kita, siapa dan dimana saja....individu atau jamaah, sebati dengan keperibadian dan pembawaan bahawa  kita tentu sekali sentiasa memohon dan  berlindung dari suatu bala dan ujian  dengan Allah SWT. 

Kekalahan dalam perjuangan,  Kemalangan dalam perjalanan.  Permusuhan dalam perhubungan.  Berseteru dalam hubungan kekeluargaan. Atau apa saja yang menggangu fikiran dan ketenangan diluar kebiasaan.

Perkara yang dipohon dariNya dan diusahakan ialah sebuah kemenangan, kejayaan atau suatu kebangkitan. Dalam kontek individu lebih senang disebut kebahgiaan. 

Benarnya seorang individu atau sebuah kumpulan dalam gerak kerja mencapai satu matlamat  yang sama yang dicita-cita dan dikongsi bersama itu jika diadun dengan  doa yang istiqamah dan hubungan  yang kukuh dengan Allah SWT. 

Permintaan dan gerak ikhtiar  tambah mulia  jika matlamat yang dituju itu adalah  matlamat yang sah dan benar disisi al-Islam.   

Usaha dan pembinaan  menuju kearah kesempurnaan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam kontek individu  atau jamaah dan amal jamaie pastinya diuji oleh Allah SWT.  Kita yang berpegang  bahawa penyertaan dalam pilihan raya adalah suatu hukum mencapai taraf wajib  perlulah  menyedari bahawa kita sekarang dalam detik-detik ujian dari Allah SWT..   Pilihan raya umum ke13 boleh diadakan bila-bila masa.  

Sejauh mana keyakinan dan benarnya pegangan kepada hukum tersebut akan terjawab secara telus.   Berbagai gerak kerja pilihanraya adalah bentuk-bentuk soalan yang perlu dijawab langsung oleh kita.  Perlaksanaan kerja jamaie adalah kemenangan. Melaksanakan kerja adalah suatu markah lulus dari Allah SWT..   Apatah lagi jika disertai kekhlasan mendapat redhaNya. 

Bagi pengikut atau ahli, ujian kesetiaan dan kepatuhan kepada pimpinan dan matlamat jamaah adalah ujian yang paling besar.  Bagi pimpinan pula, ujian  mengemudi jamaah agar menepati dengan  dasar al-Quran dan al-Hadith adalah ujian yang amat besar.  

Kesemua ujian ini dineraca dan didatangkan ALllah SWT dalam  berbagai bentuk kebendaan dan pandangan keduniaan serta pangkat dan harta benda.  

Kehebatan ujian itu adalah suatu bukti kehebatan penyusunan Yang Maha "al-Latif" Halus Allah SWT.  Kehebatan individu dan kekuatan jamaah ialah dengan lulusnya menghadapi kepelbagaian bentuk penyusunan ujian dari Allah SWT.

Detik-detik  perjalanan PAS telah melalui berbagai cerita dan kisah yang diluar dugaan.  Dicelah-celah kisah dan cerita itu, itulah rupa bentuk ujian dari Allah SWT.

Secara umum, sebagaimana yang disebut tadi kita telah faham bahawa pilihan raya adalah ujian kepada keimanan  dan pengabdian kita selaku anggota sebuah jamaah Islam..  

Ujian Allah SWT, melalui  nilai sesebuah posisi jawatan akan menjatuhkan dan menghancurkan  manusia jika gagal ditangani dengan keimanan.   Setiap jawatan yang bernama apa  dan diperingkat mana pun wajib dipenuhi kerana tiada organisasi jika tiada pemimpin.   

Namun, sikap dan rasa hati manusia terhadap berbagai jawatan itu adalah suatu ujian.  Jawatan adalah "mekanisme"  penyusunan ujian  hubungan antara hamba dan al-Khaliq dari sudut "jaga nama", "menaikkan nama", "dapat jawatan dapat menguasai", "masuk RM", "pegang jawatan rasa dihormati", "rasa mulia dengan jawatan" dan bermacam rasa serta angapan. 

Ingat !!! , ia bukan semata suatu "mekanisme"  sebagai pengisian pelengkap sesebuah organisasi semata tetapi ia adalah antara bentuk penilaian Allah SWT terhadap  pegangan asas setiap manusia.  

Manakala seseorang yang gilakan jawatan akan melakukan apa saja demi mendapatkan jawatan.  Kegagalan memperolehi  jawatan yang digilakan memberi kesan yang buruk kepada mereka yang bersifat demikian.. Dari sinilah timbulnya berbagai cerita dan formula dari orang yang gagal.

Dilihat dari sudut sebuah jamaah seperti  PAS ukuran kegagalan dan kehancuran seseorang individu  dapat dilihat  bilamana berlakunya kekecewaan dan wujudnya sikap yang menyebabkan engan bekerja untuk PAS atau Pakatan Rakyat  dikala pilihan raya.

Tanpa disedari, matlamat asal berubah bila berlaku kegilaan atau hilang pertimbangan kepada pegangan asas ketika waras dan sihat  terhadap erti dan makna sebuah pangkat dan jawatan. Ketika diri dikuasai 'standard' sedemikian sebarang nasihat dan pandangan dirasakan sebagai suatu masalah pula !.

Dari sinilah munculnya berbagai cerita dan formula hasil kekecewaan dan kegagalan mendapat jawatan yang diingini.  Keengganan bekerja kerana merasa diri tidak diperlukan. Perasaan malu menguasai diri.  Perasaan marah yang mengawal hati.  Kegagalan mendapat jawatan menyebabkan diri terasa tidak disanjungi.  Malah menuduh dan menghukum  pimpinan atasan dengan berbagai tuduhan dan hukuman yang bersumberkan hati yang rosak sehingga tidak dapat membendung sangkaan buruk dan andaian kotor.  Inikah yang dikatakan politik ? 

Akhirnya membentuk kumpulan tak resmi dikedai-kedai kopi mencari kesalahan pimpinan dan anggota jamaah yang selama ini seperti isu dengan kuku atau seperti aur dengan tebing sehati sejiwa sepandangan menggerakkan jamaah dan masyarakat.   

Dipopularkan bahasa, "kita sayangkan jamaah [ PAS ]  tapi kita tidak mahu kepada pimpinan tertentu" ....samada diperingkat kampung, kawasan [ UMNO menamakan 'bahagian' ] atau negeri dan nasional kerana alasan yang dibuat-buat. Kata mereka lagi,  "Kita tidak akan tinggalkan jamaah tetapi kita tidak akan kerjasama lagi". "Kita tidak akan masuk UMNO tapi kita tidak akan undi pimpinan itu". "Kita tidak akan undi UMNO tapi kita pun tak undi juga PAS". Inilah biasanya bahasa-bahasa jumud sebuah kumpulan serpihan.  Inikah yang dimaksudkan "politik itu kotor ?".  Dari hubungan padi dan intim dengan pimpinan seaqidah  dan seperjuangan menjadi musuh peribadi tanpa rasa malu ?

Matlamat asal dimana sekarang ?  Dimana hukum yang diperjuangkan selama ini ? "Tidak kira siapa dan apa, tempurung atau katak puru bertanding pun kita akan sokong PAS".  Ini ucapan ketika iman masih didada dan keikhlasan belum diuji.

Diperingkat kampung, yang menjadi perebutan ialah jawatan penghulu atau ketua sebuah cawangan. Diperingkat atas dengan nama-nama popular secara diperingkat atas.  Akhirnya keperingkat kemuncak menggunakan hukum Allah SWT, haram menyokong individu yang dikatakan tidak mengangkat dan menyokongnya sebagai pemimpin.

Dalam PAS keperibadian sebegini tidaklah berleluasa.  Kewujudan kes seumpama ini adalah terasing. Kewujudan kes begini adalah sebagai bukti kelemahan dan kekurangan seorang hamba dan jamaah akhir zaman.

Kerenah nafsu jahat dan berjiwa kotor berkebendaan dan keduniaan   yang semacam ini jarang didengari.  Ini kerana ahli  PAS terdidik dengan asas hukum sejak penubuhannya sebagaimana yang tergambar pada muka surat pertama perlembagan PAS bahawa penubuhan PAS adalah bermatlamat "demi untuk menyempurnakan ketaqwaan kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia".

Jelas dan benar matlamat PAS sedemikian. Sekiranya ada individu sedemikian sikap maka tentunya ia menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan yang merosakkan PAS itu sendiri.  Yang paling besar ia menjadi duri dalam daging al-Islam.   Juga menjadi gunting dalam lipatan al-Islam kerana tidak tunduk kepada keimanan dan ketaqwaan. Menjadikan nafsu sebagai raja tanpa hujjah ilmiah.

Yang menjadi mangsa ialah golongan yang jahil. Kenapa pula haram ? Dimana hukum yang diperjuangkan selama ini ?.  Bukankah selama ini begitu dan begini  hukum dan janji Allah SWT telah diutara dan dikemukakan ?.  Ia mengakibatkan perpecahan.

Inilah ujian keimanan yang melibatkan hati dan  bidang  ketasawufan iaitu kerohanian dalam perkara keikhlasan dan keyakinan kepada janji Allah SWT. .  Hukum sunat, wajib, haram, halal amat cekap bermain dilidah.  Hukum usuluddin kafir, syirik, murtad dan kufur yang ditegaskan hilang entah kemana. 

Hukum keakhlaqan dengan ikhlas, tawaduk dan sangka baik langsung tak ada dalam diri.  Kepercayaan kepada hukum Allah SWT, "Allah SWT bersama mereka yang sabar", "Rezeki dari Allah SWT", "Kepentingan Islam mengatasi segalanya". Hukum-hukum itu tiada perkiraan lagi dan tidak menjadi perhatian untuk mengawal diri.  

Sangka baik kepada kepimpinan yang bijak mengolah matlamat jamaah sudah hilang entah kemana.  Ini adalah ujian Yang Maha Berseni Allah SWT kepada hambaNya  yang  selama ini sentiasa bersama dengan hukum.  Jangan perangai peribadi yang kotor dengan dengki  mengolah hukum mengikut cita rasa.  Jika hukum dikeluarkan mengikut cita rasa maha tunggulah kehancurannya !  "Na'uzubilLahi minzaalik"

Hukum kewajipan bekerja  menyahut cabaran perjuangan yang dipegang selama ini apatah lagi diambang pilihan raya  dibatalkan  kerana kekecewaan dan rasa malu kerana gagal menguasai dan mendapatkan jawatan.  Jawatan bukannya jawatan besar tapi hanya mahukan gah, nama dan ingin menguasai ...konon !

Hakikatnya, jika sedemikian bererti telah lupa dan lalai ...lupa daratan dan lupa lautan....lupa tepi dan tengah.  Lupakan kulit dan lupakan isi rohani dan iman !.

Saudara seperjuangan, 
Kegagalan memahami dan menghayati apa yang dipaparkan ini adalah suatu kegagalan pada kita semua. "Jika anda sedemikian, jika tidak sedemikian, katakanlah, "na 'uzubilLahi minzalik".

Kegagalan itu menjadikan kita merundum. Merundum disisi manusia, apa ada pada manusia, kita adalah sama saja.

Bagaimana jika merundum disisi Allah SWT ?. "Suatu muhasabah" untuk pembinaan dan peningkatan ...kembali kepada kebenaran !

"ALLAH SWT YANG MAHA MENGTAHUI"

Menyahut Seruan Perjuangan.......seruan menyempurnakan ketaqwaan. 





 

  

Khamis, 8 Mac 2012

PAS UPU KOLAM

Salam....  kepada semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang melayari laman PAS UNIT PETI UNDI KOLAM.

Saya, saudara anda  seaqidah dan seperjuangan [ atau sesiapa saja walau tidak seaqidah dan seperjuangan ] dengan anda semua,  yang bernama FIKRI BIN AWANG, yang beralamat No. 1A, Lot 2134, Kampung Kolam, 16400 Melor, Kota Bharu, Kelantan. 

Selaku Ketua Unit Peti Undi Kolam, Dewan Undangan Negeri Jelawat, Parlimen Bachok, Kelantan dengan penuh tanggungjawab kepada agama yang dianuti dan terhadap pertubuhan yang dianggotai ingin melaksanakan tanggungjawab dialam maya ini bersama anda bagi mencapai matlamat dan cita-cita bersama dengan sekadar kemampuan yang ada.  InsyaAllah.

Saya berlindung dengan ALLAH SWT dari syaitan terkutuk dan nafsu jahat dalam usaha yang kecil ini.  Untuk makluman, pandangan yang diutarakan di ruangan "menyahut seruan perjuangan" ini adalah pandangan mewakili Unit Peti Undi Kolam dalam melengkapkan penerangan dan dakwahnya kepada masyarakat.

Dengan matlamat ingin menyuburkan hubungan ukhuwwah Islamiah sesama kita yang mempunyai cita rasa yang sama, juga untuk menjadikan segala catatan dan pandangan kita sejamaah sesiapa sebagai suatu impak menuju suatu kepada kefahaman yang jitu dan benar maka saya menyeru agar anda sekelian bersama dengan usaha yang kecil ini.

Kelemahan adalah kerana kita bekerja dan beramal. Namun perlu diingat bahawa ketiadaan kerja dan amal adalah  kelemahan dan kesilapan yang paling  besar dalam kehidupan perjuangan.

Maka mari kita sama beramal dan bekerja dengan suatu kesedaran bahawa kita adalah hamba-hambaNya yang saling memerlukan antara satu sama lain. Kita baiki kelemahan kita dengan suatu kerja dan amal yang berterusan.

Semuanya ini tidak terlaksana tanpa rahmat dan pertolonganNya. Kepadanya kita sama-sama bertawakkal.



Muqaddimah
Al-Hamdulillah, saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT yang menganugerahkan nikmat al-Iman dan al-Islam kepada saya dan kepada sesiapa insan bertuah yang berada dalam kerangka dan ruang lingkup sistem hidup yang sempurna ini dari permulaan Islam dahulu kala sehinggalah keakhir zaman.

Selawat dan Salam  kepada junjungan agung Rasulullah SAW dengan sesempurna selawat dan salam dari umat baginda yang banyak salah 'terdosakan' diri kerana kelemahan kerohanian al-Iman dan al-Ihsan dalam jiwa dan sanubari.

Kini, diambang pilihan raya ke-13, sampainya PAS UNIT PETI UNDI KOLAM mengambil sikap melangkah kehadapan melancarkan laman webnya dengan tema MENYAHUT SERUAN PERJUANGAN.

Sesungguhnya, adalah diharapkan usaha ini dapat  meningkatkan keimanan, memuncakkan kerohanian dan menggilapkan kefahaman serta  memantapkan roh JIHAD pada setiap individu ahli, penyokong dan pendokong PAS.

Kerohanian dan keimanan, kefahaman dan roh JIHAD adalah perkataan yang makna dan  istilahnya saling kait mengait memperkemas dan menguatkan antara  satu sama lain dalam melangsungkan makna al-Islam dan perjuangannya.  Sesungguhnya tidak akan faham al-Islam jika tidak memahami al-Jihad. 

Namun dalam usaha memahami dan begitu juga perlaksanaan al-JIHAD,  kefahaman dan perlaksanaannya akan pincang  jika pengamalnya bergerak tanpa memahami hakikat suasana dan keadaan  [ waqi' ]  dibumi kita ini secara menyeluruh dan meyakinkan.

Di muqaddimah ini suka saya mengemukakan erti dan makna al-JIHAD sebagaimana yang dicatat oleh Imam Ibni Taimiah yang bererti; "AL-JIHAD  itu haqiqatnya ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang diredhai ALLAH dari keimanan, amal salih dan menolak sesuatu yang dimurkai ALLAH dari kekufuran, kefasikan dan kederhakaan bermaksiat"

Kefahaman al-Islam yang jelas sebagaimana  dikehendaki oleh al-Qur'an dan al-Hadith amat diperlukan dalam usaha melaksanakan seruan  perjuangan ini.  Saya insan yang kerdil ini mengharapkan rahmat dan bimbingan Allah SWT  dalam mengendali dan mengutarakan  tema perjuangan ini. 

Perlu dinyatakan disini, dalam perjuangan ini, perkataan yang diselubungi perhatian yang tinggi dari mana-mana pihak ialah perkataan al-JIHAD. Tegasnya, tiada kebimbangan dalam menghurai dan menjelaskan sesuatu  kefahaman  tentang konsep al-Jihad ini  [ dengan izin Allah SWT ]  kerana dasar asas  amal jamaie membimbing dan mengatur perjalanan ini.

Pandangan saya tidak lebih dari apa yang saya fahami dari apa yang digariskan oleh pimpinan PAS. Pimpinan PAS menggerakkan PAS dengan kerjasama serta kekuatan Majlis Syura Ulamak dengan berpandukan kefahaman dari al-Quran dan al-Hadith.

Keyakinan kepada dasar kepimpinan ulamak menyebabkan saya menggabungkan diri dengan PAS.  Secara peribadi, kefahaman al-Islam sebagaimana yang difahami dan dibawa oleh pimpinan ulamak menjadi kefahaman dan pembawaan saya dalam perjuangan ini. Lalu dengan penuh keyakinan saya menyahut seruan perjuangan Islam sejak 1986.

Kini, disini kita bersama.... saya dan anda bersama menyahut seruan perjuangan Islam.  Justeru itu, persamaan dan perbezaan pendapat adalah rahmat Allah SWT bagi pembinaan ilmu dan pembentukan jiwa muzakarah yang menyegarkan. Moga-moga persamaan dan perbezaan ini mendorong kepada pencarian sebuah rahsia iaitu keikhlasan dalam sebuah perjuangan.

Persamaan adalah penyatuan dan pengukuhan.  Perbezaan pandangan adalah suatu jalan berseni dan berlikunya jalan didikan Allah SWT untuk dihayati dan  difikirkan bagi memantapkan kebenaran yang bakal di tunjang dan dipasakkan kedalam hati  selepas difahami dan diyakini.

Kepada pendokong PAS saya ucapkan, "selamat mengecapi kemanisan iman lantaran termakbulnya cita-cita dan impian berupa kebaikan yang dipohon daripada Allah SWT".  Ingatlah kebaikan dan kebajikan yang diterima itu adalah untuk kebaktian kepada al-Islam yang diamanahkanNya ini.

Kepada yang selain dari pendokong PAS saya mengucapkan, "selamat merenung dan memikirkan dengan penuh kelembutan dan kesenian serta kerancakan berfikir  terhadap perbezaan hati dan hujjah antara kita".  Keikhlasan dan kejujuran diri kepada suatu kebenaran dan berubah mengalah, tunduk dan patuh kepada kebenaran adalah suatu yang pasti kepada insan yang  sentiasa bermuhasabah.

Perbezaan, secara hikmahnya menunjukkan bahawa Dia  sentiasa menuntut hambaNya mencari petunjuk dan taufiq dariNya sehingga diwajibkanNya suatu rayuan "Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus"..."Jalan mereka-mereka yang mendapat nikmat al-Islam, al-Iman dan al-Ihsan" dalam hidup dan perjuangan"

Maka, pengisian "menyahut seruan perjuangan" ini adalah tanggungjawab kita bersama dengan penuh hemah dan mesra "berkasih sayang sesama kita"  demi kelangsungan sebuah kehidupan yang berisiko tinggi tinggi.  Tanpa keikhlasan jawabnya kosong .......... .

Mari kita sama-sama garapi perjuangan ini demi  menuntut  kesyahidan atau kemenangan bersama tegaknya hukum Allah SWT untuk merasai nikmat syurga dan  keredhaanNya.  Amin. Amin. Amin  ya Rabb.

Allah Yang Maha Mengtahui

Menyahut Seruan Perjuangan ........mencari wajahNya.